? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 25 November 2009

KEMUDAHAN ASAS

Pusat Kesihatan Kecil Naka

Asalnya klinik bidan. Kemudian dinaikkan taraf menjadi klinik dan seterusnya Pusat Kesihatan kecil Naka. Antara bidan terawal berkhidmat di klinik ini ialah Mak Yam.


Sekolah Menengah Kebangsaan Naka

Pada tahun 1980 sebebuah sekolah menengah di tempatkan di Naka iaitu bertempat di SK Naka jalan Nami. Waktu ini dikenali sebagai SM Syed Ahmad 2. Pelajar-pelajar hanya tingkatan 1 - 3 sahaja. bagi yang berjaya ke tingkatan 4 mereka akan menyambung ke SK Dato Syed Ahmad atau SM Pokok Sena. Antara pelajar awal SK dato Syed Ahmad 2 ialan Mohd Fauzai Bakar, Jumanat Bakar, Saadiah Hj. Man. Pada tahun 1983 berpindah ke tempat baru sekarang dengan nama SM Naka.
Pada 1991 Bangunan B yang menempatkan pejabat pentabiran telah terbakar menyebabkan hanya bilik bangunan A dan 2 makmal sains sahaja boleh digunakan. 1997 bangunan 2 tingkat dibina. 2004 bangunan makmal komputer dan 2005 satu bangunan tiga tingkat pula dibina. Terdapat juga asrama desa pada awal tahun 1990 dan 2004 sebuah asrama harian sepenuhnya di bina. Manakala asrama desa telah dijadikan rumah guru sehingga bangunan guru dibina pada tahun 2005. Pada 2008 kesemua rumah guru telah dirobohkan kecuali sebuah dijadikan stor sukan dan kokurikulum.
Antara anak tempatan yang pernah berkhidmat di SMK Naka ialah Wan Senu Wan Mahmud dan Nordin Ahmad (Pekan Naka). Yang masih berkhidmat ialah Ramli b. Salleh (Kg Bendang Tok Teri) , Mohd Takiyuddin Hj. Musa (Kg. Bendang Tok Teri), Ibrahim Mohammad dan Isteri (Faridah Hassan)(Kg. Kubang Julok), Hazita Kamis (Kg. Kubang Julok)

Pusat Latihan Naka
Wujud pada penghujung tahun 2006. Sebelum ini, tempat ini merupakan penempatan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) yang telah dibubarkan. UKK Naka mula beroperasi di tempat ini pada tahun 1985/86. Sebelum itu tempat ini merupakan hutan belukar yang tiada didiami manusia. Di sini merupakan tempat lepas kerbau dan lembu masyarakat setempat. Kemudian dibangunkan rumah-rumah bagi menempatkan anggota UKK di sini. Sebahagian anggota balai polis Naka ada yang tinggal di sini. Antara anggota UKK anak tempatan yang berkhidmat di sini ialah MD DESA (Shahbani), Abd Rahim Md Rani, Jamal Nasir Zainal Abidin, Zainuddin (Pak Din).
Setelah UKK dibubarkan, tempat ini tinggal terbiar beberapa lama.. dan kemudiannya semasa era Datuk Seri Mahadir Khalid menjadi MB, tempat ini dimajukan kembali sebagai tempat mengadakan kursus, latihan dalaman dan pelbagia kegiatan kemasyarakatan.



BALAI POLIS NAKA

Dibina pada zaman darurat. Pada asalnya merupakan rumah pasung. Kemudian dinaik taraf dan ditambah anggota. Pada awalnya bertiangkan batang nibong. Kubunya di bina dengan tembok buluh berisikan tanah. Awal tahun 60-an di bina bangunan baru (seperti balai polis dalam filem Bukit Kepong). Dalam tahun 1997 bangunan lama telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru. Cuma yang tinggal sekarang ialah bangunan pondok polis sahaja. Bangunan ini dibina pada awal tahun 1970-an. Sekarang telah diroboh pagar dan kubu untuk tujuan pembesaran jalan. Hilang sudah warisan masa lalu untuk pembangunan masa depan.

DEWAN SERBAGUNA

Pekan Naka adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta dan orang ramai khususnya penduduk Naka dan yang berdekatan dengannya bagi mengadakan majlis keramaian seperti ceramah, seminar, mesyuarat, pameran, pertunjukan pentas, majlis perkahwinan dan sebagainya. Dewan Naka juga mempunyai 2 buah gelanggang untuk permainan badminton dan sepak takraw. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang bagi satu-satu majlis.
Dibina pada tahun 1990. Merupakan kawasan penempatan beberapa orang penduduk tempatan. Antaranya petempatan keluarga Khamis Razak, keluarga Egan, Keluarga Ng Chew Beng, keluarga Tok Ting dan beberapa keluarga lagi.

0 ulasan: