Selepas perang dunia ketiga (1940-1943) keadaan sentiasa tiada aman terutamanya ancaman dari penyamun yang diketuai oleh Din Kra. Din Kra telah berkompromi dengan komunis dan menguasai kawasan Pak Kra. Penduduk di Kampung Kubang Juluk telah membentuk pasukan kawalan keselematan begitu juga di Kampung Bendang Tok Teri. Penduduk di Kampung Pak Bahar telah berpindah ke kampung Masjid dan Kampung Bendang Tok Teri untuk berlindung dari ancaman komunis dan penyamun. Keadaan ini merisaukan Lebai Man, Lateh, dan rakan-rakan yang lain kerana mereka hanya mendapat perlindungan dari orang Kampung Bendang Tok Teri dan Kampung Masjid.
FOTO : Berdiri - Hj. Darus b. Jaafar
Atas : Bapa Hj. Darus (memakai semutar)
En. X - Dari Pahang
Kerisauan mereka akhirnya terlerai apabila Haji Darus bin Jaafar dari Kampung Padang, Pokok Sena yang merupakan sahabat baik Yang Mulia Tunku Kasim (Tengku Laksamana) mengatakan Pesuruh Jaya polis (Sir william Hims) berhasrat membina pondok polis di Kampung Naka (Kubang Juluk) atas permintaan orang sana. Oleh itu, Haji Darus mennyuruh Lateh membina satu rumah pasung di hadapan rumahnya (tapak balai polis sekarang). Dengan pertolongan orang kampung Masjid dan Bendang Tok Teri dalam masa 1 bulan rumah pasung tersebut siap dibina. Di sebelah timur dan barat rumah pasung di korek parit yang memanjang terus ke sungai. Satu aliran air dibuka di sebelah timur 200 meter dari rumah pasung manakala manakala dari selatan menghala ke timur di bina alur hingga ke lubuk Tok Teri. Dilihat dari udara rumah pasung ini di kelilingi oleh satu parit berair. Manakala di tebing parit tersebut ditanam dengan pokok-pokok berduri seperti mengkuang, nibong, tumbung tahi, ngai serta perangkap. Tujuan sebenar pembinaan rumah pasung ini tidak difahami oleh penduduk Kampung Kubang Juluk dan mereka memikir bahawa hanya berfungsi sebagai kubu melawan komunis. Sebaliknya, Haji Darus berpendapat, jika keselamatan terjamin baharulah orang ramai akan duduk menentap di situ. Jika ramai orang baharulah maju tempat tersebut.
Pada hari yang ditetapkan kedatangan Pesuruhjaya polis beserta yang mulia Tunku Kasim , untuk melihat tapak rumah pasung, pendudk Kampung Naka (Kubang Juluk) telah mengadakan kenduri sambutan. Beberapa orang wakil kampung telah ke Kuala Nerang untuk menjemput rombongan tersebut melalui jalan air (sungai Tekai). Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Darus telah membawa rombongan ini melaui jalan darat (menunggang gajah) dari Pokok Sena melalui Bukit Payong dan Kampung Bukit. Pada waktu ini jalan darat Pokok Sena ke Kuala Nerang hanya boleh dilalui dengan gajah atau berjalan kaki. Haji Darus terus membawa rombongan ini terus ke rumah pasung dan disambut oleh Lateh dan orang kampung Bendang Tok Teri (diketuai oleh Awang Ahmad). Haji Darus mengatakan bahawa tempat rumah pasung ini adalah bernama Naka dan diiakan oleh YM Tunku Kasim. Selepas itu Sir Wlliam Hims telah mempelengkapi rumah pasung tersebut dengan senjata api dan 2 orang anggota polis ditempatkan di situ. Awang Ahmad selain menjadi ketua Kampung Bendang Tok Teri, beliau diberi kuasa untuk mengetuai satu platon SC. Hari berganti hari tempat tersebut telah mulai dikenali sebagai Naka. Walaupun masih kedapatan orang-orang tua sekarang masih lagi menyebut sebagai simpang. wallahualam.
1 ulasan:
assalamuailakum maaf bertnya blhka saya mendapat maklumat lanjut mengenai pekan naka sebagai kajian lapangan yang perlu saya siapkan
Catat Ulasan