Satu siri pengenalan (ID) kumpulan gajah telah dikeluarkan pada Mesyuarat Pengendalian Pengaduan Awam Bil. 2/2007 di mana tujuan pengenalan kumpulan gajah ini adalah untuk memberikan pengenalan yang standard bagi kumpulan-kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Sebanyak 61 kumpulan gajah telah dikenalpasti termasuklah 3 kumpulan gajah sempadan yang sering bergerak di antara dua buah negeri. Kumpulan gajah yang paling banyak ialah negeri Kelantan iaitu sebanyak 17 kumpulan diikuti Terengganu (15 kumpulan), Pahang (13 kumpulan), Perak (7 kumpulan), Johor (4 kumpulan), Kedah (4 kumpulan) dan N. Sembilan (1 kumpulan). Sementara itu tiga kumpulan gajah sempadan iaitu Kumpulan Ulu Muda-Pengkalan Hulu (Kedah-Perak), Kumpulan Temenggor (Perak-Kelantan) dan Kumpulan Bukit Yong (Kelantan-Terengganu).
Bagi siri pertama pengenalan ini, kumpulan gajah yang dipilih ialah Kumpulan Naka yang sering menimbulkan konflik manusia-gajah di kawasan seperti di Kg. Lebai Saman, Kg. Masjid Lama, Kg Masjid, Ladang Tebu I Division, Kg. Tg. Piring, Ldg FECRA Belantik, Kg. Bagan, Kg. Pinang, Empangan Pedu, Ladang Sg. Ayon, Inlet Askar Wataniah, Dometri 3 MADA. Anggaran populasi gajah kumpulan ini ialah sebanyak 4–5 ekor sahaja.
Kawasan Keliaran Gajah -Kumpulan Naka di Negeri Kedah
Wooou..... Gajah pun perlu ID ke?
0 ulasan:
Catat Ulasan