? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 26 November 2009

Mengelau

"Mengelau" merupakan satu cara mengail ikan haruan dengan mengoncat atau menggedik umpan di atas permukaan air di tebing-tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan. Ikan haruan yang marah pada mangsanya akan menyambar umpan tersebut. Ikan haruan yang menjadi kegemaran pengail ialah yang membawa anak. Ibu haruan biasanya besar seberat satu kilo yang membawa anak.
Bok "mengelau" selalunya dibuat daripada buluh yang agak panjang. Hujungnya disalai dengan api dan dilentur seakan-akan huruf separa "U". Ia menggunakan tali yang dipintal atau perambut di hujungnya dengan mata kail yang agak besar yang boleh dibeli atau dibentuk sendiri.
Umpan yang digunakan ialah seekor katak minyak atau anak ayam. Anak ayam digunakan bagi mengacah anak-anak haruan supaya bertempiaran. Ibu haruan yang marah anaknya diusik akan menyambar anak ayam tersebut lalu membawa padahnya di mata kail.
Biasanya aktiviti "mengelau" dilakukan pada waktu malam ataupun hampir pagi. Waktu ini dikatakan "masa ikan tengah galak" atau lapar. Setelah bakul atau raga penuh diisi, pengail akan pulang dengan penuh kepuasan.

Teringat dulu .. seorang dari Kampung Gajah Mati mengayuh basikal ke batu 27 untuk mengelau. Dia (Cu Bu) akan singgah dirumah anaknya di Kampong Padang Kerasak. Setelah siap segala kelengkapannya ia akan pergi mengelau di katok-katok air di kawasan Bukit Lesung (Ladang Tebu I Div). Hasil yang dia dapat memang lumayan. Kadang-kadang boleh buat kenduri. Rakan baiknya waktu itu ialah Awang Boto (gelaran .. sebab alif, bo, to). Kedua-duanya dah kembali rahmatullah ... Al-fatihah.

0 ulasan: