? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 26 November 2009

RAN CANDIK

Kombinasi sebuah pondok dan belat dipanggil "Ran Candik". Didirikan di tepi-tepi sungai antara muara dan hulu sungai yang berarus deras. Ran dibina daripada buluh yang beratapkan nipah. Belat pula diperbuat daripada batang bemban atau buluh atau batang-batang pokok ditanam di dalam sungai mengikut arus air sebagai pintu masuk ikan.
Digunakan semasa air naik di mana "candik" akan diturunkan ke dalam air, sementara tali perasa yang diikat di hujung "candik" dipegang. Apabila terasa ikan masuk ke dalam "candik" ia akan dilepaskan dan "candik" akan ditarik naik ke atas "ran". Untuk mengendalikan "candik" ia memerlukan sekurang-kurangnya dua orang. Ikan yang ditangkap biasanya baung, sebarau, lampam, ikan pipi merah, tebal sisik, pisang, temoleh, dan patin.

Pada tahun 70-an dan awal 80-an banyak candik yang di bina di sepanjang sungai. Dari pengkalan Tok Pak Da Dolah sampai ke Lubok Tok Teri terdapat hampir 20 - 30 ran candik di bina. Antara candik yang terkenal ialah ran candik Pak Teh Sa, Chu Aid dan, Tok Kirai. Kebiasaannya tuan empunya candik menunggu candik pada waktu malam. Ini kerana lokasi ran candik mereka cukup strategik dan sering mendapat ikan yang banyak... kadang-kadang boleh dijual di pekan nat pada hari ahad.
Seringkali kawasan ran candik ini menjadi tempat kanak-kanak bermain terutamanya pada hari siang. Pada waktu ini tuan candik telah balik ke rumah atau pergi ke kebun. Kadang-kadang kayu yang menjdi lorong ikan telah patah atau rosak. Marah sakan la.. tuan candik tu. Kadang-kadang pagaran candik ini menjadi tempat menyeberang .. terutamanya bagi pendenak burung dan pencari kayu dan rotan.

0 ulasan: